inshaALLAH, hari jumaat ni gua balik malaysia. gua balik tak lama, sekejap je. biasa la,orang yg kurang cerdik lagi celik macam gua ni kena la ambik summer class, sebab dah kantoi paper sem lepas. so nak tak nak, gua kena jugak balik awal bulan januari ni untuk menghadapi kuliah2 semula. tapi, agak2 sempat ke tak gua nak buat semua aktiviti cuti gua dalam masa yg singkat di malaysia nanti?
urusan kahwin pakcik gua, jiran2 gua, ada la dalam 4,5 kenduri nak kena tolong ( jadi tukang basuh pinggan jela kot. nak masak gua tak reti.)
nak tolong tokwan gua motong getah lagi. tokwan kurang sihat,so gua ingat nak tolong la dia motong. tapi ntah la, before gua start tolong pun abah gua dah sound, "hangat2 taik lembu je tu".
tolong abah gua bersawah plak. tak tau la sekarang waktu orang kutip hasil atau belum, tapi rasanya belum (harap2 belum). and sekali lagi, belum mula apa2 lagi abah gua dah sound, tapi kali ni lain sikit. "hangat2 taik kerbau je tu".
nak ajak satu family gua jalan2 lagi. tak kan la gua balik setahun sekali tak bawak family gua pegi mana2 kot. walaupun gua still belajar, at least gua bawak la jugak family pegi jalan2 rumah sedara2 dekat pun dah cukup. kalau gua tak bawak dorang jalan2 pun, mesti dorang akan bawak gua jugak nanti, pegi rumah sedara2 jugak. sama je. so ambik kira ni sekali.
haa, pasal family gua punya gathering. ni gathering family sebelah mak gua. tiap2 tahun mesti buat. tahun ni yg ke-3. seperti biasa, tiap2 tahun gua yg kena buat planning, tentatif untuk gathering nih. ni gathering cara orang2 kampung je, buat aktiviti sukaneka, aktiviti perkhemahan. makan masa 3-4 hari jugak. tapi kali ni makcik gua dari mesir dah balik, so boleh la dia tolong gua buat apa yg patut.
haihh, ada lagi satu nih. ni mesti kena buat jugak.pasal gua dah janji.lagi pun gua dah lama tak buat jugak. gua pun nak jugak buat benda ni. rindu la katakan. mana tak nya, dah dekat setahun tak buat. - keluar dengan atikah. plan nak pegi rumah beliau jugak. melawat abah beliau yg kurang sihat.
so kepada pembaca2 sekalian, doakan la gua dapat settlekan semua benda yg gua plan ni dengan jayanya ye. jangan lupa,doakan agar family gua, family atikah semua berada dalam keadaaan sihat sejahtera ye. kalau korang doakan, inshaALLAH bila sampai masanya nanti, korang akan dapat balasan yg baik pula.=)