CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 4, 2009

cobaan tu cobaan jugak.

bertarikh 28hb disember 2009 tepat jam 5.51pagi, gua akhirnya selamat juga landing di atas landasan lapanagan terbang antarabangsa kuala lumpur malaysia. alangkah manis,indah dan machonya jika gua sendiri yg ditugaskan utk melandingkan kapal terbang yg gua naiki tu. namun apakan daya, gua hanyalah seorang penumpang, bukannya pemandu atau jurupandu atau lebih manis dikenali sebagai drebar bergaji puluhan ribu.

menyentuh mengenai jurupandu kapal tobang ni, time gua dalam flight yg dipandu oleh jurupandu gua,kapten..erm..x ingat lak nama dia, lebih kurang 6jam yg lalu la. time tu gua baru je nak lelapkan mata gua,tiba2 badan gua terasa terhuyung-hayang. gua pun buka la mata pastu tgk kat tingkap flight yg gua naik tu. pergh, angin dia..x hingat punya la kencang. gua bukannya nampak pun angin tu tapi gua agak2 jela pasal flight yg gua naik tu cm dah melampau sgt gaya terhuyung-hayangnya itu. tapi gua steady je. tapi keadaan terhuyung-hayang tu la yg gua rasa paling kuat sejak gua mula berjinak-jinak menaiki flight MH nih.

ok, sesudah sampai malaysia (5.51pagi), gua diambil oleh uncle gua yg mana rumah beliau berada agak tidak jauh dari lapangan. flight gua utk ke kedah plak tertulis pada itinerary iaitu dijangka akan berlepas pada pukul 2000 (8malam) so gua berehat la dulu kat rumah uncle gua. apabila rehat pun sudah cukup so tibalah masa utk gua berlepas pulang ke kampung halaman gua.

jam sudah menunjukkan pukul 7malam tapi uncle gua termasuk dgn gua sekali masih lagi rilek2 kat rumah, kononnya nak tunggu masuk waktu maghrib dulu baru nak gerak pegi airport padahal bukannya tak tahu domestic flight pun kena ada at least 45mins awal. then after solat, gua pun gerak la pegi airport naik keta uncle. memang sudah dijangka, gua lewat. tapi makcik yg jaga kaunter tu cakap rugi la kalau gua tak masuk so gua mintak la dia kasi gua masuk jugak tapi bagasi gua terpaksa la kena tinggal kat rumah uncle sebab time for check in luggage nak masuk cargo dah tak sempat. so gua pun balik la ke kedah dengan berbekalkan laptop buruk gua bersama selipar jepun, sehelai seluar jeans, t-shirt, dan boxer.tu pun sebab gua tgh pakai kalau tak al kisahnya terpaksa ditinggalkan jugak la.

ok la, dah panjang plak gua mengarut.sambung besok2 plak ye~