CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 19, 2010

santai-santai di kedai kopi

haii kawan-kawan!

selamat hari raya,
maaf zahir dan batin,
dari hujung rambut sampai ke hujung kening.lol

maaf lambat plak entry raya ni nak masuk ye..sebab gua baru dapat cuti ni haa,universiti gua ni baru kasi approved gua punya cuti minggu ni, dua minggu cuti woo! hoye hoyeah, cakedepati,cakedepati (lagu india)!

raya sakan la gua cuti ni (padahal nak raya apa nye,duit pun takde, harapkan gi makan kat rumah orang je la bila ada member-member buat rumah terbuka. bukan member pun gua bedal je). haa banyak duit raya kau orang semua dapat? gua macam biasa la,duit raya tahun ni sama je macam tahun2 lepas, zero. tak kira in aussie dollar ke malaysian ringgit ke japanese yen ke,kalau convert sama je value dia, zero.


ni haa ada lagi satu cerita gua nak story. dua tiga hari lepas ada lagi member sekolah gua kawin. so,tu je la yg gua nak bagitahu. kalau nak tahu lebih lanjut, jgn tanya gua,sbb gua tak pegi pun kenduri kawin dia. apa2 pun, selamat pengantin baru la kepada Siti Nur Athirah binti errr tak ingat. (ntah nama dia tu pun gua tak sure betul ke tak ejaan nya).

oh dannnnn! selamat hari malaysia ye. 16 september aritu. sebagai warganegara malaysia gua wajar mengucapkan selamat kepada negara gua sendiri (kalau jiran sebelah rumah yg sekali dua je gua tegur pun gua boleh wish happy birthday kat dia, tak kan la gua tak boleh nak wish pun utk negara gua yg terchenta ini).

haa cukup lah sekadar tu, gua malas nak tulis dah.
bye.

0 comments: