CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 1, 2009

jendela hati


Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinar di kamar hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuah ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Mengubat rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kasturi
Seindah pelangi
Segalanya bermula di sini


manusia, ingatlah bahawa setiap kegembiraan kita, pasti akan ada juga kesedihan yang terselit dalam kehidupan ini. ia adalah fitrah. oleh itu, bersedialah untuk menghadapi keduanya. kegembiraan juga adalah ujian dariNya. maafkan diri ini kerana dikala kegembiraannya datang, dia tidak langsung bersedia untuk menghadapi kesedihan yang mendatang. bagaimana? diri ini perlukan sokongan. dariNya dan juga dari hambaNya.

0 comments: