CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 22, 2010

coretan seorang sepi.


hari ini gua dah dapat rumah. huh, selama lebih kurang 3minggu jadi house hunter, skrg tibalah masa utk gua menggundurkan diri,nak pencen sebab penat gila 'binatang lobang idung kedepan' nak cari rumah. haa dah dapat rumah ni bule la gua hidup dengan aman sikit kat tanah gersang melbourne ni.

***

hmm sekarang gua dah rasa (sebenarnya dari dulu lagi gua dah mula merasai rasa ni) yang gua ni sebenarnya kesepian. tak tau la kenapa sepi. teman wanita dah ada, tapi rasa sepi tu ada lagi. mungkin sebab melbourne ni memang sepi kot. yela gua masa zaman2 muda dulu selalu lepak2 tengah malam, then kena plak melbourne ni pukul 9 malam pun dah macam takde lektrik, blackout satu city, malam lansung tak hidup! so memang la gua rasa sepi. dah tu, poket gua ni plak asyik kosong je, duit satu haram pun takde, so nak enjoy pegi jalan mana2 pun susah la.

tapi setiap masalah tu ada penyelesaiannya. so bila dah sepi2 cmni, pandai2 la mau ingat, isi la kesepian tu dengan bacaan al quran ke, solat sunat ke. duit tak habis, pahala pun dapat. ni tidak, asyik nak berhibur je("hm, betul jgk apa yang mamat ni cakap" gua bermonolog sendirian memuji diri sendiri). kesimpulannya, kepada pembaca2 diluar sana, kalau anda semua mahukan sesuatu, sentiasalah meminta kepadaNya, jangan la asyik nak mengomel je macam apa yg gua tengah buat sekarang ni.



*tiada kemudahan kecuali apa yg dijadikanNya mudah. sedangkan tanah yg gersang juga apabila dikehendakiNya akan menjadi subur.*

Wednesday, January 13, 2010

rumah oh rumah

selamat tinggal 2009, selamat datang 2010. (baru nak ucap,padahal dah lama dah pun masuk 2010 nih)

ok, cerita 2009 hanya tinggal kenangan sekarang. ada yg best ada yg tak best. tapi gua tak nak la crita kat sini. kalau nak story sampai 2011 baru habis story dia,nama pun dah crita utk 1tahun punya,ambik masa setahun jugak la nak habis crita. konklusinya senang je,tahun 2009 mmg penuh warna-warna ceria dan duka.

1st thing yg gua kena and mmg wajib buat untuk permulaan tahun 2010 ni adalah CARI RUMAH BARU. pergh bapak susah g*****g nak cari rumah kat pelosot kota melbourne nih. tiap2 hari asyik usha laman web agen rumah je, mengalahkan tgk tiket flight plak. baru sekarang gua rasa, kehidupan menjadi homeless ni mmg amat palat. mana tak nya, dah 13 hari tahun ni berlalu, tapi gua still merempat lagi. nasib baik la ada member2 gua yg sanggup kutip gua dari sebelah pusat pelupusan sampah nak kasi gua tumpang rumah dorang. tengkiu babehs, i love u all.haha

namun disebalik kesulitan yg dialami bagai nak rak telefon sana-sini utk mendapatkan sekangkang rumah tempat perselindungan dibumi melbourne yg panas hell ni, gua sempat jugak meluangkan masa singgah di laman tv3.com.my utk melihat perjuangan anak seni malaysia (sape kata asam tak manis?) di anugerah juara lagu kali ke 24. fuh, gua paling teruja dgn opening act malam tu. siti and lan ex MUh mmg superb. bagi gua, kalau dorang dua ni masuk bertanding, memang titik lah vokalis2 yg lain tu. tapi apa2 pun, tahniah la diucapkan kepada aizat kerana berjaya merangkul kejuaran ajl kali ni.

ok lah, jari gua pun dah rasa sengal2 ubi dah ni, menandakan gua akan stop menulis utk kali ni. harap kepada para pembaca jgn la bersedih kerana dah lama gua tak menulis, bila tulis jari plak merintih-rintih, kuku kaki plak tersa pedis, mata pun dah terkebil-kebil,so..gua chow dulu.



puas hati kalau dapat rumah cmni.