selamat tinggal 2009, selamat datang 2010. (baru nak ucap,padahal dah lama dah pun masuk 2010 nih)
ok, cerita 2009 hanya tinggal kenangan sekarang. ada yg best ada yg tak best. tapi gua tak nak la crita kat sini. kalau nak story sampai 2011 baru habis story dia,nama pun dah crita utk 1tahun punya,ambik masa setahun jugak la nak habis crita. konklusinya senang je,tahun 2009 mmg penuh warna-warna ceria dan duka.
1st thing yg gua kena and mmg wajib buat untuk permulaan tahun 2010 ni adalah CARI RUMAH BARU. pergh bapak susah g*****g nak cari rumah kat pelosot kota melbourne nih. tiap2 hari asyik usha laman web agen rumah je, mengalahkan tgk tiket flight plak. baru sekarang gua rasa, kehidupan menjadi homeless ni mmg amat palat. mana tak nya, dah 13 hari tahun ni berlalu, tapi gua still merempat lagi. nasib baik la ada member2 gua yg sanggup kutip gua dari sebelah pusat pelupusan sampah nak kasi gua tumpang rumah dorang. tengkiu babehs, i love u all.haha
namun disebalik kesulitan yg dialami bagai nak rak telefon sana-sini utk mendapatkan sekangkang rumah tempat perselindungan dibumi melbourne yg panas hell ni, gua sempat jugak meluangkan masa singgah di laman tv3.com.my utk melihat perjuangan anak seni malaysia (sape kata asam tak manis?) di anugerah juara lagu kali ke 24. fuh, gua paling teruja dgn opening act malam tu. siti and lan ex MUh mmg superb. bagi gua, kalau dorang dua ni masuk bertanding, memang titik lah vokalis2 yg lain tu. tapi apa2 pun, tahniah la diucapkan kepada aizat kerana berjaya merangkul kejuaran ajl kali ni.
ok lah, jari gua pun dah rasa sengal2 ubi dah ni, menandakan gua akan stop menulis utk kali ni. harap kepada para pembaca jgn la bersedih kerana dah lama gua tak menulis, bila tulis jari plak merintih-rintih, kuku kaki plak tersa pedis, mata pun dah terkebil-kebil,so..gua chow dulu.
puas hati kalau dapat rumah cmni.
Penyembuhan dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah
5 years ago
0 comments:
Post a Comment