CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 8, 2010

tunang, kahwin dan lagu.

salam.


arini gua baru dapat tau kawan sekolah gua dulu ada yg dah bertunang, yg nak kahwin pun dah ada, bulan ni jugak la kalau tak salah, hehe. yg nak kahwin ni gua punya ehem2 dulu2 masa kecik2,masa form 1. kawan ada jemput aritu tapi gua nak pegi mcm mana, dok jauh. so terpaksa kirim salam jela kan.heheh. alhamdulillah, seronok bila tau ada masjid yg nak didirikan, oleh kenalan2 pulak tu. alhamdulillah,diri ini memanjatkan kesyukuran yg tak terhingga kerana jodohkan mereka. kepada yg bertunang, gua doakan mereka dikekalkan hingga kejinjang pelamin dan berterusan hingga ke akhirnya.

gua? haha, lambat lagi kot bro..duit simpanan pun dah tak dak ni haa..abis joli punya pasal.haha. tu laa, kena berjimat cermat skrg ni.. harap2 kawan2 gua faham la.
***

semalam after gua study kat library (nak jgk sebut, sbb jarang2 pegi library nih), gua pun balik la umah . tgh2 duduk dpn laptop ni gua tiba2 rasa na bukak youtube (padahal mmg slalu bukak menatang tu pun). gua taip la 'beautiful song' kat ruangan 'search' youtube tu menggunakan papan kekunci komputer riba gua ni. lepas tu cari punya cari, sampai la gua terjumpa satu lagu ni. lagu bahasa perancis. sedap lagu dia. perempuan yg nyanyi. gua tak tau bagi korang semua lagu ni best ke tak tapi gua suka hati la, pasal lag ni buat jiwa gua tenang. tambah2 tgh nak exam skrg ni.

ni haa lagu dia. meh le dgr2.
***

Thursday, June 3, 2010

bila hati dah mula bercakap

exam dah dekat.

***
tapi gua masih lepak2 lagi, belum fully study yg gila2 lagi. bila dah rasa lepak cmni,haa gua mula la menulis. menulis di sini. kalau tak kosong masakan nak menulis. memang tak lah.

isu palestin, yang tak habis2. gua kadang2 terfikir jugak, bila la israel ni nak bertukar kerajaan dari zionist ke ortodoks. sakit hati betul.tapi nak buat macam mana, gua tak dapat nak membantu pun,sekadar doa jela yg mampu, harap2 Dia makbulkan, walaupun gua tau doa gua ni tak kemana kalau disabitkan dengan ibadah gua yg tak seberapa. tapi Dia maha adil maha bijaksana, Dia punya kuasa untuk memilih doa gua atau tidak. gua hanya berdoa. doa gua ikhlas.
***

gua ada terbaca ada sorang kwn gua ni tulis kat status facebook dia, "bila ada rakyat kita yang terjebak, baru nak bergerak, baru nak memainkan peranan, sebelum ni senyap je". lebih kurang cmtu la dia tulis. hati kecil gua pun tersentak, betul jgk apa dia tulis. selama ni gua terfikir jgk pasal palestin ni,tapi xde la sampai membuak2 mcm sekarang. punya la rendahnya otak dan hati gua ni,bila dah ada org kita kena baru nak terjah. padahal saudara kita org palestin tu dah kena 6 dekad dah terseksa, gua rilek je. hadehh, nipis betul iman dan perasaan gua dulu. ok mulai sekarang gua akan mula berperanan sebagai seorang muslim (ini janji gua) yang akan mengambil tau hal di sana, dan mengambil berat kat kawan2 gua org palestin yg ditindas tu. haa gua dah terfikir dah apa yg perlu dibuat. first, simpan duit dulu,bukan untuk kawin, tapi gua ada hal yg perlu gua settle kan, sebagai seorang muslim. harap2 sempat sebelum gua mati. korang tolong la doakan ye.
***

ok lah, gua nak tulis sampai takat tu je. mesti korang pun agak kurang paham apa yg gua tulis,kan. lantak lah, tak payah paham pun takpe, tak penting pun. gua tulis ni nak luahkan je, and untuk ingatkan gua jugak, sebab gua paham apa yg gua tulis. maklum la gua ni pelupa. so bila gua baca balik apa yg gua tulis ni, hati kecik gua akan berdenyut balik la,inshaallah.

ok,bye. assalamualaikum.

cinta kepada yang Esa.


cinta,

satu kata yang tidak perlu dibentang,
satu kalimah yang tidak perlu dirungkai,
satu isi yang tidak perlu diulas,
satu sifat yang tidak perlu diasah.

kerana ia kata pujangga,
kerana ia kalimah istimewa,
kerana ia isi berbunga,
kerana ia sifat sempurna.

yang lahir dari ketulusan,
bukan dari keterpaksaan.
yang berputik dengan sendiri,
bukan perlu dicari.

cinta yang ingin dimiliki,
cinta kepada suami isteri.
cinta yang hakiki,
cinta kepada illahi.

Allahuakbar!