cinta,
satu kata yang tidak perlu dibentang,
satu kalimah yang tidak perlu dirungkai,
satu isi yang tidak perlu diulas,
satu sifat yang tidak perlu diasah.
kerana ia kata pujangga,
kerana ia kalimah istimewa,
kerana ia isi berbunga,
kerana ia sifat sempurna.
yang lahir dari ketulusan,
bukan dari keterpaksaan.
yang berputik dengan sendiri,
bukan perlu dicari.
cinta yang ingin dimiliki,
cinta kepada suami isteri.
cinta yang hakiki,
cinta kepada illahi.
Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment