salam.
kepada ayah dan ibu yg jauh berada di sana.
maafkan anakmu kerana tidak dapat pulang pada hari cuti.
bukan anakmu pinta untuk tidak pulang,
cuma kerana tidak mahu menyusahkan ayah lagi,
menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang.
keluarga kita bukannya dari golongan senang,
simpanlah duit buat masa akan datang.
ibu,
anakmu berdoa agar ibu sentiasa sihat di sana.
rasa bersalah yg amat kerana tidak dapat bersama,
di kala ibu perlukan anakmu ini berteman kasih dan manja,
sesudah pembedahan ibarat bertarung hayat dan nyawa,
ayah,
diriku bukan tidak mahu menggunakan hartamu,
tapi ku merasakan 22 tahun sudah layak untuk tidak menyusahkanmu,
mengeluarkan wang yang banyak menyara diriku,
biarlah hartamu itu disalurkan kepada adik-adikku.
benar, ayah dan ibu aku kenang,
kata-kata darimu buatku terharu amat,
sungguhpun salahku tidak menyimpan wang,
dirimu berdua buatku terus untuk berjimat.
supaya aku pulang tanpa ayah mengeluarkan apa-apa,
dan tanpa ibu bersedih menitiskan air mata,
cuma keriangan yang dipinta.
0 comments:
Post a Comment