CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 28, 2010

raya oh raya oh aidilfitri

assalamualaikum,

lama tak update kat blog ni (sambil sapu-sapu debu kat sini, konon-konon dah berhabuk la lama tak usik). rindu pula gua nak tulis kat blog ni, rasa-rasa ada lagi ke orang yg nak menjenguk? barang yg dah lama ni selalunya bila tuan sendiri tak usik tu org lain takde nak usiknya jugak..tapi gua tgk kat ruangan 'kata-kata' kat sebelah tu masih ada lagi la org yg tinggalkan pesanan ringkas, paling terbaru adalah dari rakan gua bernama zaed. oleh itu maksudnya ada org yang masih membaca di sini la kan.

kepada pembaca-pembaca setia blog ni, gua nak cerita sikit.
pagi ini gua bangun, cuma sempat bangun subuh je, sahur tak sempat.
oh sebelum tu, selamat berpuasa semua! hehe maaf la, dah masuk hari yg ke-17 puasa (bagi orang yg berpuasa di melbourne) baru nak ucap. kalau last year laju je gua ucap kat sini.hoho. raya tahun ni? tak banyak yang gua nak cakap pasal raya tahun ni,sebab yg pertama,gua tak cuti waktu hari raya nanti.yang kedua, gua dah bosan raya kat sini, tak dapat nak makan mcm kat malaysia. ketiga, belum tiba lagi pun hari raya, buat apa nak sembang pasal raya dah,puasa la dulu.

tapi gua sentuh la juga serba sedikit pasal raya, spesifikasinya, mengenai persiapan raya gua yang kedua di melbourne ni.
  • baju raya ada, warna hitam. (kali pertama gua pakai warna hitam masa raya, sebab dari kecik mak abah gua tak berapa suka warna hitam ni).
  • kad raya, belum cari/buat lagi.
  • lagu raya, pun belum dengar lagi. lagu ramadhan ada la dua tiga lagu gua dah dengar. paling gua tak tinggal lagu tajuk dia 'lord of ramadhan', lagu yg gua paling suka bila ramadhan menjelma.
  • dannnn, gua rinduu nak makan serunding,tak tahu apa pasal,tapi kali ni mmg tak boleh nak tahan lagi dah. teringinn yang amat-amat. harap-harap nanti ada la budak-budak sini buat serunding masa raya nanti. nak suruh mak post,Hanna kata tak boleh,sebab tak lepas kat airport.
gila dah melalut nih,dah masuk bab raya pula. okay sambung balik cerita gua yg gua nak cerita tadi tadi tu,

okay gua ulang balik ayat gua tadi,
ehemm...

kepada pembaca-pembaca setia blog ni, gua nak cerita sikit.
pagi ini gua bangun, cuma sempat bangun subuh je, sahur tak sempat.

selalunya Hanna akan kejut gua bangun sahur tapi hari ni dia pun tak terbangun,mungkin dia penat sangat sebab hari sebelum tu dia banyak buat kerja-kerja rumah,kesian bakal isteri gua (amiinn,mudah-mudahan). tapi gua berjaya jugak bangun,tapi dengan bantuan orang lain jugak la,nak bangun sendiri tak dapat la. teman wanita member gua,shamir (nama teman dia ajie) called gua, bukan tujuannya nak main kayu tiga dengan gua,dia cuma nak minta gua kejutkan shamir..so gua pun kejut la. dah lepas kejut tu gua pun terus meneruskan niat gua,solat subuh secara tidak berjemaah pada pukul 6.45pagi. lepas tu,habis la ceritanya.

apa pasal lu orang tak puas hati pula. gua dah tulis kan tajuk cerita gua ni pasal raya,so gua dah cerita la pasal raya.

3 comments:

محمد أزري حانيف said...

puasa kat sana apa mcm ?? best ?? ada murtabak ? nasi ayam ? papadom ? haha

ali said...

ada,cuma suasana ja yg kurg.mknn tu kirsa lebih kurg malaysia la walaupun x semantap malaysia tambah2 kedah.

atikah rahman said...

lord of ramadhan. best2.. :)