bertarikh 28hb disember 2009 tepat jam 5.51pagi, gua akhirnya selamat juga landing di atas landasan lapanagan terbang antarabangsa kuala lumpur malaysia. alangkah manis,indah dan machonya jika gua sendiri yg ditugaskan utk melandingkan kapal terbang yg gua naiki tu. namun apakan daya, gua hanyalah seorang penumpang, bukannya pemandu atau jurupandu atau lebih manis dikenali sebagai drebar bergaji puluhan ribu.
menyentuh mengenai jurupandu kapal tobang ni, time gua dalam flight yg dipandu oleh jurupandu gua,kapten..erm..x ingat lak nama dia, lebih kurang 6jam yg lalu la. time tu gua baru je nak lelapkan mata gua,tiba2 badan gua terasa terhuyung-hayang. gua pun buka la mata pastu tgk kat tingkap flight yg gua naik tu. pergh, angin dia..x hingat punya la kencang. gua bukannya nampak pun angin tu tapi gua agak2 jela pasal flight yg gua naik tu cm dah melampau sgt gaya terhuyung-hayangnya itu. tapi gua steady je. tapi keadaan terhuyung-hayang tu la yg gua rasa paling kuat sejak gua mula berjinak-jinak menaiki flight MH nih.
ok, sesudah sampai malaysia (5.51pagi), gua diambil oleh uncle gua yg mana rumah beliau berada agak tidak jauh dari lapangan. flight gua utk ke kedah plak tertulis pada itinerary iaitu dijangka akan berlepas pada pukul 2000 (8malam) so gua berehat la dulu kat rumah uncle gua. apabila rehat pun sudah cukup so tibalah masa utk gua berlepas pulang ke kampung halaman gua.
jam sudah menunjukkan pukul 7malam tapi uncle gua termasuk dgn gua sekali masih lagi rilek2 kat rumah, kononnya nak tunggu masuk waktu maghrib dulu baru nak gerak pegi airport padahal bukannya tak tahu domestic flight pun kena ada at least 45mins awal. then after solat, gua pun gerak la pegi airport naik keta uncle. memang sudah dijangka, gua lewat. tapi makcik yg jaga kaunter tu cakap rugi la kalau gua tak masuk so gua mintak la dia kasi gua masuk jugak tapi bagasi gua terpaksa la kena tinggal kat rumah uncle sebab time for check in luggage nak masuk cargo dah tak sempat. so gua pun balik la ke kedah dengan berbekalkan laptop buruk gua bersama selipar jepun, sehelai seluar jeans, t-shirt, dan boxer.tu pun sebab gua tgh pakai kalau tak al kisahnya terpaksa ditinggalkan jugak la.
ok la, dah panjang plak gua mengarut.sambung besok2 plak ye~
Friday, December 4, 2009
cobaan tu cobaan jugak.
Posted by ali at 7:09 PM 0 comments
Monday, November 23, 2009
tanya sama hati.
inshaALLAH, hari jumaat ni gua balik malaysia. gua balik tak lama, sekejap je. biasa la,orang yg kurang cerdik lagi celik macam gua ni kena la ambik summer class, sebab dah kantoi paper sem lepas. so nak tak nak, gua kena jugak balik awal bulan januari ni untuk menghadapi kuliah2 semula. tapi, agak2 sempat ke tak gua nak buat semua aktiviti cuti gua dalam masa yg singkat di malaysia nanti?
Posted by ali at 5:36 PM 1 comments
Friday, October 23, 2009
hidup cuma satu kali.DO NOT waste it
God created us (human being) of the best stature. God has perfected our soul and inspired it with conscience of what is wrong for it and what is right for it. The right direction is henceforth distinct from error. Then, we decide our state whether to believe or doubt, whether we want to be higher than angel or lower then cattle. And we are not forsaken without guide. Allah wronged us not, but we did wrong ourselves.
Allah has raised in every nation a messenger proclaiming: Serve Allah and shun false humanity-created God(s) and Prophet Muhammad is the Seal of the Prophets and he was sent to be a bringer of good tidings and a informer unto all mankind.
However, with all these so-called gifts and warnings, sometimes we still slip from the right pathway and follow iblis will. For that, God give us a chance to repent (taubat) and He is The Merciful One.
Taubat is not just asking forgiveness by tongue without following by heart. Has similarity with Iman (faith), taubat is felt by heart, expressed by tongue (asking forgiveness from God and from people whom we have wronged), and practiced by deed.
Allah's forgiveness is not a reason that justifies us when we want to do sin. Past is something that we can’t change and future is the time we have never know what it is gonna be. What we have is this moment (now), the time when we can choose what we want to do.
Someone, who does sin with knowledge that God is Merciful and think that he can postpone his repentance later, he is the one who forget that he never knows the future and he never knows when Death Angel (izrail) will come to end his life on behalf of Allah’s will.
Let’s us go back to Him, lower ourselves in front of Him, asking for His Mercy. Lets accept Allah's invitation to repentance before it becomes too late for us.
Posted by ali at 1:01 AM 1 comments
Sunday, October 4, 2009
tawan hati wanita.
Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh daripada wanita adalah perasaannya (nafsu). Hanya satu persepuluh adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah SWT, maka kaum lelaki hendaklah memainkan peranan penting dalam memahami dan mengawal perasaan mereka. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan. Lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri atau ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki perlu tahu dan harus mempunyai daya kekuatan (akal) yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka. Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menjinakkan hati manusia dengan cara menawan perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt. "PIMPINLAH KAMI DENGAN KASIH SAYANG" Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya (harta). Apalagi yang dimahukan bila disyurga, semuanya ada (harta), namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan juga dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KELAK MEREKA AKAN SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, KELAK MEREKA AKAN SEMAKIN MENDERITA. Apa yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Oleh itu, kenalkan mereka kepada yang kekal (Allah), kerana disitulah terdapat kuncinya (kesempurnaan hidup). AKAL SENIPIS RAMBUT HENDAKLAH DITEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA PERLU DIKUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA HARUS DIHIASI DENGAN AKHLAK . Suburkanlah kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Bisiklah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan adalah kelemahan semata-mata. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang akan mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak mampu diluruskan, malah mereka pula lebih membengkokkan. LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI. Inilah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan sahaja, lelaki juga harus membina kepimpinan diri. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dulu kepadaNya, jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda. JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEMURNI SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEHEBAT SAIDINA ALI BIN ABU TALIB.
Posted by ali at 7:27 PM 3 comments
Thursday, October 1, 2009
jendela hati
Yang menyinar di kamar hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuah ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Mengubat rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum kasturi
Seindah pelangi
Segalanya bermula di sini
Posted by ali at 7:43 PM 0 comments
Tuesday, September 29, 2009
Marlboro atau tekanan?
Perbaikilah untuk ku agamaku yang merupakan penjaga urusanku.
Perbaikilah untuk ku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku.
Perbaikilah untuk ku akhiratku yang merupakan tempat kembaliku.
Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan untuk ku dalam setiap kebaikan.
Dan jadikanlah kematian itu sebagai tempat ‘istirahat’ untuk ku dalam setiap kejelikkan dan murkaMu.
Amin ya robbal alamin.
*keadaanku sama seperti keadaan penganut agamaNya sekarang.
Posted by ali at 6:14 PM 1 comments
Tuesday, September 22, 2009
pardon?
Have you guys ever heard a phrase, counts either exactly like or some sort of “I can easily forgive people making mistakes on me, but I certainly can’t forget them (the wrong they did).” Sometimes we wouldn’t even want to forgive the mistake people did to us, even tiny ones. Well said, its human’s fitrah, they easily say beyond their control, sometimes. But this statement is truly void on devout people, whom are truthfully worshipping Allah with no doubt. For them, it is not hard to forgive and forget the wrongs people did to them. They even ignore them.
Allah praises the manner of Prophet Muhammad S.A.W. as the best mankind in surah Al-Ahzab, verse 21, “The messenger of Allah has set upon you the best example”. So, let just see how forgiving he is.
In his journey to Ta’if, to preach the people living there for embracing Islam, he has been rejected by them, ended by his head bleeding caused by stones they throw. In one of the hadith stated, Prophet Muhammad S.A.W said to Aisyah that the journey to Ta’if was the toughest scene in spreading Islam he ever encountered. The angel even asked him “would you like me to crash the people of Ta’if by bringing them two mountains put on top of theirs?” Instead, Prophet Muhammad S.A.W prays to Allah for seeking forgiveness to the people of Ta’if, and resisted the action the angel wanted to take.
There was also a story when Prophet Muhammad S.A.W had been attacked and injured during Uhud War. There were three persons amongst the polytheists, one of them was Abdullah bin Shahab (his name after converted to Islam) had attacked Prophet’s forehead and face by hitting him with a stone. He should have no right to be pardoned, but when he was subsequently captured there was no revenge made by the Prophet and he was pardoned. Thereafter he had converted to Islam and died as such in Makkah.
In fact there are more stories concerning the forgiveness of Prophet Muhammad S.A.W, but I think it should be more than enough for just sharing these two stories as references to our daily lives. If we are encountering the equal scenes like what Prophet had encountered, would we really act like what he did? Do we simply forgive people who make us bleeding? If not till make us bleed, just put it as we have only been poked. Will we forget what he or she has done, or we payback the poke he or she did to us?
One should ask himself or herself, “how forgiving am I? Have I forgiven someone lately?”
Forget and forgive the wrongs people have done to us,
But remember the wrongs we did to them.
Forget and forgive the rights we did to people,
But remember the rights they have done to us.
Still hard to forgive and forget?
Sempena bulan yang lebih mulia ini,bermaaf-maafan sesama manusia adalah yang terbaik selain memohon dariNya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Posted by ali at 1:25 AM 3 comments