CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 21, 2010

maafkan anakmu

salam.

kepada ayah dan ibu yg jauh berada di sana.

maafkan anakmu kerana tidak dapat pulang pada hari cuti.
bukan anakmu pinta untuk tidak pulang,
cuma kerana tidak mahu menyusahkan ayah lagi,
menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang.

keluarga kita bukannya dari golongan senang,
simpanlah duit buat masa akan datang.

ibu,
anakmu berdoa agar ibu sentiasa sihat di sana.
rasa bersalah yg amat kerana tidak dapat bersama,
di kala ibu perlukan anakmu ini berteman kasih dan manja,
sesudah pembedahan ibarat bertarung hayat dan nyawa,

ayah,
diriku bukan tidak mahu menggunakan hartamu,
tapi ku merasakan 22 tahun sudah layak untuk tidak menyusahkanmu,
mengeluarkan wang yang banyak menyara diriku,
biarlah hartamu itu disalurkan kepada adik-adikku.

benar, ayah dan ibu aku kenang,
kata-kata darimu buatku terharu amat,
sungguhpun salahku tidak menyimpan wang,
dirimu berdua buatku terus untuk berjimat.

supaya aku pulang tanpa ayah mengeluarkan apa-apa,
dan tanpa ibu bersedih menitiskan air mata,
cuma keriangan yang dipinta.

Wednesday, February 17, 2010

adakah saya seorang yg cepat berputus asa?

jika mereka yg mendengar atau melihatnya, memang akan terus beranggapan gua adalah seorang yg cepat give up. tapi gua buat ni ada sebab-sebab gua yg tertentu. gua tak tau la sama ada apa yg gua buat ni orang pandang betul ke tidak tapi gua rasa ni je jalan yg gua ada sekarang. ya. satu-satunya jalan yg gua ada. and gua rasa benda ni betul bagi gua.


sekarang, gua hanya tunggu keputusan dari mereka yg gua paling hormati dalam hidup. family gua. gua tengah tunggu apa diorang cakap je. bila gua dah dapat lampu hijau, gua terus jalan. jalan pergi. tak toleh belakang lagi dah,sebab gua pun malu dan segan kat semua orang. yela,semua cakap gua ni cepat putus asa, sape yg tak segan beb.

ya, gua akan balik malaysia, FOR GOOD. balik dan tidak akan kembali ke sini.

Tuesday, February 2, 2010

accent

sebelum gua nak mengarut buat kali ke-18 ratus ni, gua nak confirm kan dulu pasal tajuk gua nih. accent dalam bahasa melayu maksudnya loghat kan? ke loghat tu maksudnya slang?


pasal kali ni gua nak mengarut pasal loghat.

okay, ada la satu ketika tu di malam hari gua sama teman2 gua duduk la kat ruang dapur depan meja kat rumah edward street sambil beromong kosong. omong-omongan kami ni bertajuk loghat. entah macam mana boleh termasuk bab loghat pun gua tak sure.

crita dia lagu nii...

ada sorang member gua ni nama dia tuttt...dia tanya la gua, "weh sipulan, dalam loghat kedah kan, apa word yang bila orang kedah cakap orang bukan kedah tak paham?" mula2 gua pun terpinga2 jugak la pasal gua kurang paham apa soalan member gua kasi tu. lepas beberapa detik, gua pun paham....

lepas tu gua bagitau la cenggitu cenggini apa yg tak paham bla..bla..bla..

then secara tiba-tiba member gua yg lagi sorang yang bernama tuttt kedua ni pun menyampuk..

tutt kedua : "weh sipulan, kalo kau nak tau, loghat kedah ni agak senang la nak paham, loghat perak yg susah sikit.sebab loghat perak ada banyak jenis bla..bla..bla..."

tutt pertama: "ooo cenggitu ke...haa apa contoh-contoh loghat perak yg kitorang tak paham tu?"

tutt kedua: "bla..bla..bla... orang perak panggil saya tu 'awak' and awak tu 'saya'.."

tutt pertama: "uish pelik btul nih.."

tutt kedua: "haa contohnya kalau ada orang perak ni cakap 'awak ni tak le pandai sangat'.. haa korang nanti jangan la terasa sangat,sebab awak tu maksudnya saya,so dia cakap mengenai diri dia la,bukan kita."

***
suasana senyap seketika..tiba-tiba datang tutt ketiga lalu berkata,
"haa lepas tu korang jangan la terasa nak rendah diri lagi pegi sambung plak ayat 'yela sekolah pun tak tinggi'. (nak rendah diri punya pasal sebab dah misunderstand yg 'awak' tadi tu korang pegi bantai pulak ayat ni. haa memang dua-dua terasa la nanti.)


***
korang paham tak situasi yg gua cuba sampaikan ni? kalau paham and rasa benda ni lucu silalah gelak. ok,jari gua dah penat nak nulis. gua chow lu.

Friday, January 22, 2010

coretan seorang sepi.


hari ini gua dah dapat rumah. huh, selama lebih kurang 3minggu jadi house hunter, skrg tibalah masa utk gua menggundurkan diri,nak pencen sebab penat gila 'binatang lobang idung kedepan' nak cari rumah. haa dah dapat rumah ni bule la gua hidup dengan aman sikit kat tanah gersang melbourne ni.

***

hmm sekarang gua dah rasa (sebenarnya dari dulu lagi gua dah mula merasai rasa ni) yang gua ni sebenarnya kesepian. tak tau la kenapa sepi. teman wanita dah ada, tapi rasa sepi tu ada lagi. mungkin sebab melbourne ni memang sepi kot. yela gua masa zaman2 muda dulu selalu lepak2 tengah malam, then kena plak melbourne ni pukul 9 malam pun dah macam takde lektrik, blackout satu city, malam lansung tak hidup! so memang la gua rasa sepi. dah tu, poket gua ni plak asyik kosong je, duit satu haram pun takde, so nak enjoy pegi jalan mana2 pun susah la.

tapi setiap masalah tu ada penyelesaiannya. so bila dah sepi2 cmni, pandai2 la mau ingat, isi la kesepian tu dengan bacaan al quran ke, solat sunat ke. duit tak habis, pahala pun dapat. ni tidak, asyik nak berhibur je("hm, betul jgk apa yang mamat ni cakap" gua bermonolog sendirian memuji diri sendiri). kesimpulannya, kepada pembaca2 diluar sana, kalau anda semua mahukan sesuatu, sentiasalah meminta kepadaNya, jangan la asyik nak mengomel je macam apa yg gua tengah buat sekarang ni.



*tiada kemudahan kecuali apa yg dijadikanNya mudah. sedangkan tanah yg gersang juga apabila dikehendakiNya akan menjadi subur.*

Wednesday, January 13, 2010

rumah oh rumah

selamat tinggal 2009, selamat datang 2010. (baru nak ucap,padahal dah lama dah pun masuk 2010 nih)

ok, cerita 2009 hanya tinggal kenangan sekarang. ada yg best ada yg tak best. tapi gua tak nak la crita kat sini. kalau nak story sampai 2011 baru habis story dia,nama pun dah crita utk 1tahun punya,ambik masa setahun jugak la nak habis crita. konklusinya senang je,tahun 2009 mmg penuh warna-warna ceria dan duka.

1st thing yg gua kena and mmg wajib buat untuk permulaan tahun 2010 ni adalah CARI RUMAH BARU. pergh bapak susah g*****g nak cari rumah kat pelosot kota melbourne nih. tiap2 hari asyik usha laman web agen rumah je, mengalahkan tgk tiket flight plak. baru sekarang gua rasa, kehidupan menjadi homeless ni mmg amat palat. mana tak nya, dah 13 hari tahun ni berlalu, tapi gua still merempat lagi. nasib baik la ada member2 gua yg sanggup kutip gua dari sebelah pusat pelupusan sampah nak kasi gua tumpang rumah dorang. tengkiu babehs, i love u all.haha

namun disebalik kesulitan yg dialami bagai nak rak telefon sana-sini utk mendapatkan sekangkang rumah tempat perselindungan dibumi melbourne yg panas hell ni, gua sempat jugak meluangkan masa singgah di laman tv3.com.my utk melihat perjuangan anak seni malaysia (sape kata asam tak manis?) di anugerah juara lagu kali ke 24. fuh, gua paling teruja dgn opening act malam tu. siti and lan ex MUh mmg superb. bagi gua, kalau dorang dua ni masuk bertanding, memang titik lah vokalis2 yg lain tu. tapi apa2 pun, tahniah la diucapkan kepada aizat kerana berjaya merangkul kejuaran ajl kali ni.

ok lah, jari gua pun dah rasa sengal2 ubi dah ni, menandakan gua akan stop menulis utk kali ni. harap kepada para pembaca jgn la bersedih kerana dah lama gua tak menulis, bila tulis jari plak merintih-rintih, kuku kaki plak tersa pedis, mata pun dah terkebil-kebil,so..gua chow dulu.



puas hati kalau dapat rumah cmni.

Friday, December 4, 2009

cobaan tu cobaan jugak.

bertarikh 28hb disember 2009 tepat jam 5.51pagi, gua akhirnya selamat juga landing di atas landasan lapanagan terbang antarabangsa kuala lumpur malaysia. alangkah manis,indah dan machonya jika gua sendiri yg ditugaskan utk melandingkan kapal terbang yg gua naiki tu. namun apakan daya, gua hanyalah seorang penumpang, bukannya pemandu atau jurupandu atau lebih manis dikenali sebagai drebar bergaji puluhan ribu.

menyentuh mengenai jurupandu kapal tobang ni, time gua dalam flight yg dipandu oleh jurupandu gua,kapten..erm..x ingat lak nama dia, lebih kurang 6jam yg lalu la. time tu gua baru je nak lelapkan mata gua,tiba2 badan gua terasa terhuyung-hayang. gua pun buka la mata pastu tgk kat tingkap flight yg gua naik tu. pergh, angin dia..x hingat punya la kencang. gua bukannya nampak pun angin tu tapi gua agak2 jela pasal flight yg gua naik tu cm dah melampau sgt gaya terhuyung-hayangnya itu. tapi gua steady je. tapi keadaan terhuyung-hayang tu la yg gua rasa paling kuat sejak gua mula berjinak-jinak menaiki flight MH nih.

ok, sesudah sampai malaysia (5.51pagi), gua diambil oleh uncle gua yg mana rumah beliau berada agak tidak jauh dari lapangan. flight gua utk ke kedah plak tertulis pada itinerary iaitu dijangka akan berlepas pada pukul 2000 (8malam) so gua berehat la dulu kat rumah uncle gua. apabila rehat pun sudah cukup so tibalah masa utk gua berlepas pulang ke kampung halaman gua.

jam sudah menunjukkan pukul 7malam tapi uncle gua termasuk dgn gua sekali masih lagi rilek2 kat rumah, kononnya nak tunggu masuk waktu maghrib dulu baru nak gerak pegi airport padahal bukannya tak tahu domestic flight pun kena ada at least 45mins awal. then after solat, gua pun gerak la pegi airport naik keta uncle. memang sudah dijangka, gua lewat. tapi makcik yg jaga kaunter tu cakap rugi la kalau gua tak masuk so gua mintak la dia kasi gua masuk jugak tapi bagasi gua terpaksa la kena tinggal kat rumah uncle sebab time for check in luggage nak masuk cargo dah tak sempat. so gua pun balik la ke kedah dengan berbekalkan laptop buruk gua bersama selipar jepun, sehelai seluar jeans, t-shirt, dan boxer.tu pun sebab gua tgh pakai kalau tak al kisahnya terpaksa ditinggalkan jugak la.

ok la, dah panjang plak gua mengarut.sambung besok2 plak ye~

Monday, November 23, 2009

tanya sama hati.

inshaALLAH, hari jumaat ni gua balik malaysia. gua balik tak lama, sekejap je. biasa la,orang yg kurang cerdik lagi celik macam gua ni kena la ambik summer class, sebab dah kantoi paper sem lepas. so nak tak nak, gua kena jugak balik awal bulan januari ni untuk menghadapi kuliah2 semula. tapi, agak2 sempat ke tak gua nak buat semua aktiviti cuti gua dalam masa yg singkat di malaysia nanti?


urusan kahwin pakcik gua, jiran2 gua, ada la dalam 4,5 kenduri nak kena tolong ( jadi tukang basuh pinggan jela kot. nak masak gua tak reti.)

nak tolong tokwan gua motong getah lagi. tokwan kurang sihat,so gua ingat nak tolong la dia motong. tapi ntah la, before gua start tolong pun abah gua dah sound, "hangat2 taik lembu je tu".

tolong abah gua bersawah plak. tak tau la sekarang waktu orang kutip hasil atau belum, tapi rasanya belum (harap2 belum). and sekali lagi, belum mula apa2 lagi abah gua dah sound, tapi kali ni lain sikit. "hangat2 taik kerbau je tu".

nak ajak satu family gua jalan2 lagi. tak kan la gua balik setahun sekali tak bawak family gua pegi mana2 kot. walaupun gua still belajar, at least gua bawak la jugak family pegi jalan2 rumah sedara2 dekat pun dah cukup. kalau gua tak bawak dorang jalan2 pun, mesti dorang akan bawak gua jugak nanti, pegi rumah sedara2 jugak. sama je. so ambik kira ni sekali.

haa, pasal family gua punya gathering. ni gathering family sebelah mak gua. tiap2 tahun mesti buat. tahun ni yg ke-3. seperti biasa, tiap2 tahun gua yg kena buat planning, tentatif untuk gathering nih. ni gathering cara orang2 kampung je, buat aktiviti sukaneka, aktiviti perkhemahan. makan masa 3-4 hari jugak. tapi kali ni makcik gua dari mesir dah balik, so boleh la dia tolong gua buat apa yg patut.

haihh, ada lagi satu nih. ni mesti kena buat jugak.pasal gua dah janji.lagi pun gua dah lama tak buat jugak. gua pun nak jugak buat benda ni. rindu la katakan. mana tak nya, dah dekat setahun tak buat. - keluar dengan atikah. plan nak pegi rumah beliau jugak. melawat abah beliau yg kurang sihat.

so kepada pembaca2 sekalian, doakan la gua dapat settlekan semua benda yg gua plan ni dengan jayanya ye. jangan lupa,doakan agar family gua, family atikah semua berada dalam keadaaan sihat sejahtera ye. kalau korang doakan, inshaALLAH bila sampai masanya nanti, korang akan dapat balasan yg baik pula.=)