salam.
ahlan,
korang pernah dengar hamzah x? kalo terlintas word hamzah tu apa yg korang akan pikir dulu? mesti nama orang kan? kalo aku pun aku akan pikir nama orang dulu. ;-P
tapi hamzah yg aku nak citer skarang ni adalah hamzah iaitu 1 huruf dalam bahasa arab@al-Quran (tiba-tiba rasa nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang). hamzah adalah 1 huruf yg unik kerana ia satu-satunya huruf yg terdapat spesifik tajwid yg khas untuknya. hamzah dalam al-Quran terbahagi kepada dua hukum tajwid iaitu hamzah Qat'ie dan hamzah Wasal.
Hamzah Qat'ie( همزة القطع ).
Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. hamzah ini dinamakan dengan hamzah Qat'ie ialah kerana ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. hamzah Qat'ie terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah.Ia juga terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi nama (harf).
hukumnya ialah ia perlu(wajib) disebut ketika membacanya. cara bacaan adalah dengan mendetakkan sedikit bunyi huruf yg sebelum hamzah, contohnya apabila huruf ya bertanda dommah (baris hadapan) sebelum hamzah, hendaklah membaca dengan berbunyi 'yak'.
contoh-contoh hamzah Qat'ie
Hamzah Wasal( همزة الوصل ).
Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. ia dinamakan demikian kerana disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. tanda hamzah Wasal ialah terdapat huruf 'Sad' di atas huruf alif. hamzah Wasal terbahagi kepada 3 bahagian pula iaitu hamzah Wasal yg berbaris atas, bawah dan hadapan.
Hukum hamzah yang berbaris atas: Hamzah Wasal yang berbaris atas disebut ketika memulakan bacaan dengannya jika sekiranya ia berada di dalam kata sandang( ال )takrif yang sentiasa disandang pada kata nama am. cara bacaan adalah dengan menyebut huruf hamzah yg berbaris fathah (berbaris atas) dihadapan perkataan.
contoh hamzah Wasal baris atas
Hukum Hamzah yang berbaris bawah: Ia disebut ketika memulakan bacaan jika sekiranya ia berada di dalam kata kerja, huruf ketiganya berbaris fathah (atas) atau berbaris kasrah (bawah) atau berada di dalam terbitan kata kerja yang telah lalu( الفعل الماضي ).
contohnya:( ارجع إليهم) (استكبارا في الأرض) (ادفع بالتي هي أحسن ).
Perhatian penting: Di dalam bacaan al-Quran, hamzah Wasal terdapat pada tujuh tempat iaitu:( اسم - اثنتين - امرأة - امرؤ - ابنة - ابن ).
Manakala hukum cara bacaan hamzah Wasal di dalam kalimah-kalimah ini ialah wajib dibaca dengan baris kasrah (bawah).
contoh hamzah Wasal berbaris bawah.
Hukum Hamzah yang berbaris hadapan: Ia disebut ketika memulakan bacaan dengannya, jika huruf yang ketiga di dalam kata kerja suruhan berbaris domma (hadapan). contohnya:( اركض برجلك - ادع إلي سبيل ربك ). cara bacaan adalah dengan menyebut hamzah dalam baris domma (hadapan) ketika sampai pada perkataan itu. contoh-contoh hamzah Wasal berbaris hadapan.
sekian, diharap anda semua dapat sedikit input setelah membaca post ini.=)
0 comments:
Post a Comment