30 April 1989, Kedah.
Berseri-seri wajah Abdul sebaik sahaja doktor mengesahkan isterinya, Rokiah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Kelahiran bayi pertama pasangan ini telah memberikan impak kegembiraan pada wajah masing-masing walau keadaan genting diharungi mereka sebelum tiba di hospital beberapa jam yang lalu. Mereka terpaksa menunggu hampir dua jam sebelum kereta ambulan datang mengambil dek kejahilan teknologi dan kekurangan pengangkutan pada waktu itu. Setelah diazankan, bayi lelaki itu dibawa ke bilik pemeriksaan sebelum dibawa pulang dua jam kemudian selepas pemeriksaan dilakukan dan telah disahkan sihat. “Alhamdulillah,segalanya lancar”, Abdul bermonolog luaran tanda bersyukur kehadratNya.
“Abang, kita namakan anak ini Ahmad Amin ye bang”, kata Rokiah ketika dalam teksi sambil mengusap-usap kepala bayi tersebut. Abdul hanya tersenyum tanda respon kepada kata isterinya itu.
“ Molek juga nama tu kiah, mak suka”, sapa nek Jah, ibu kepada Rokiah yang turut datang menemani anaknya itu bersalin di wad.
“Yelah mak, saya setuju saja, nama ni lah yang selalu disebut-sebut masa mengandung dulu, mak. Segan pula nak membantah,nanti ada yang merajuk”, sindir Abdul sambil menjeling-jeling kearah Rokiah.
“Alah, biarlah nak letak nama apa pun,ini anak saya,bukan anak abang seorang”, balas Rokiah membidas sindiran Abdul.
Begitulah kemesraan mereka berdua, Abdul dengan perangai yang suka menyindir secara gurauan dan Rokiah pula dengan sikap tidak mahu mengalahnya. Setelah hampir 30 minit perjalanan pulang,akhirnya mereka tiba di rumah haji Mad, bapa Rokiah.
“RM 4.00 saja encik”, kata pemandu teksi. Waktu itu harga teksi pun masih murah lagi.
“ Ini wangnya, terima kasih ya”, ujar Abdul sambil memberikan wang kepada pemandu teksi itu. Mereka masuk kedalam rumah dengan keadaan berseri-seri sambil adik-adik Rokiah menunggu untuk melihat wajah anak buah pertama mereka itu.
“comelnya anak kak long, dekat bahagian ni paling comel,sama macam kak long”, kata adik bongsu Rokiah tanda memuji wajah bayi sambil menunding jari ke arah hidung bayi yang sedikit kecil dan seiras Rokiah.
“tapi rupa dia udin rasa macam abang long la”, sapa Udin, adik Rokiah yang lagi seorang. Rokiah dan Abdul hanya tertawa melihat telatah kedua-dua adik Rokiah itu.
“udin, mana abang ngah dan ayah?”, tanya nek Jah kepada udin, ingin mengetahui kemana anak kedua bersama suaminya itu menghilang.
“ tak tahu”, jawab udin tangkas dengan menggeleng-gelengkan kepala. Selang beberapa ketika, kedengaran pintu rumah terbuka menandakan ada yang sudah pulang.
0 comments:
Post a Comment