CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 30, 2009

story time: part 3

Jam menunjukkan pukul 10 malam, genap 10 jam Amin berada di dunia ini. Setelah memandikan Amin dan mengikat bekung didadanya serta dipakaikan baju, nek Jah pun berlalu keluar dari bilik, meninggalkan Rokiah yang sedang berbaring disisi Amin.


“malam ni tidur la awal, kau sedang dalam pantang lagi, kena banyak berehat. Kalau ada apa-apa panggil mak ye, kiah.”, pesan nek Jah sebelum menutup pintu bilik.


“baik, mak.”, sahut Rokiah serta tersenyum tanda berterima kasih kepada nek Jah akan kasih sayang yang ditonjolkan dari kata-katanya itu. Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Kelihatan Abdul berpakaian baju melayu berkain pelikat masuk ingin menghadap isteri serta anaknya itu. Berseri-seri wajah Abdul yang baru sahaja selesai menunaikan solat itu tanda gembiranya dia pada hari ini, mana tidaknya, dia telah bergelar seorang ayah. Malam ini Abdul tidak seperti kebiasaan rutinnya, dia tidak menunaikan solat berjemaah dimasjid sebaliknya hanya bersolat di rumah sahaja. Mungkin dia tidak berani meninggalkan isteri dan bayinya itu sendirian di rumah akibat risau akan apa-apa terjadi. Bukan tidak meyakini ibu mentua yang menjaga, namun dia berasa lebih selamat jika ada seorang lelaki dewasa yang turut berada di rumah pada keadaan begini. Mana tahu, jika Rokiah perlu dikejarkan ke hospital akibat sesuatu yang mustahak, Abdul boleh membawa kereta yang dipinjamkan dari jiran.


Seperti kebiasaan, Haji Mad dan Man menunaikan solat di masjid. Setelah pulang dari masjid, Haji Mad terus ke hadapan televisyen untuk melihat rancangan yang disiarkan malam itu. Dari kelakuannya, dia tidak sedikit pun menunjukkan tanda kegembiraan mendapat cucu. Walaupun diakui merasa sedikit terkilan akibat kelakuan yang ditunjukkan Haji Mad itu, Abdul masih menghormati ayah mentuanya itu. Dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa terkilan sebaliknya melayan baik akan perangai ayah mentuanya.

***

0 comments: