CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 29, 2009

Marlboro atau tekanan?

Ya Allah,

Perbaikilah untuk ku agamaku yang merupakan penjaga urusanku.

Perbaikilah untuk ku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku.

Perbaikilah untuk ku akhiratku yang merupakan tempat kembaliku.

Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan untuk ku dalam setiap kebaikan.

Dan jadikanlah kematian itu sebagai tempat ‘istirahat’ untuk ku dalam setiap kejelikkan dan murkaMu.

Amin ya robbal alamin.



*keadaanku sama seperti keadaan penganut agamaNya sekarang.

Tuesday, September 22, 2009

pardon?


Have you guys ever heard a phrase, counts either exactly like or some sort of “I can easily forgive people making mistakes on me, but I certainly can’t forget them (the wrong they did).” Sometimes we wouldn’t even want to forgive the mistake people did to us, even tiny ones. Well said, its human’s fitrah, they easily say beyond their control, sometimes. But this statement is truly void on devout people, whom are truthfully worshipping Allah with no doubt. For them, it is not hard to forgive and forget the wrongs people did to them. They even ignore them.


Allah praises the manner of Prophet Muhammad S.A.W. as the best mankind in surah Al-Ahzab, verse 21, “The messenger of Allah has set upon you the best example. So, let just see how forgiving he is.


In his journey to Ta’if, to preach the people living there for embracing Islam, he has been rejected by them, ended by his head bleeding caused by stones they throw. In one of the hadith stated, Prophet Muhammad S.A.W said to Aisyah that the journey to Ta’if was the toughest scene in spreading Islam he ever encountered. The angel even asked him “would you like me to crash the people of Ta’if by bringing them two mountains put on top of theirs?” Instead, Prophet Muhammad S.A.W prays to Allah for seeking forgiveness to the people of Ta’if, and resisted the action the angel wanted to take.


There was also a story when Prophet Muhammad S.A.W had been attacked and injured during Uhud War. There were three persons amongst the polytheists, one of them was Abdullah bin Shahab (his name after converted to Islam) had attacked Prophet’s forehead and face by hitting him with a stone. He should have no right to be pardoned, but when he was subsequently captured there was no revenge made by the Prophet and he was pardoned. Thereafter he had converted to Islam and died as such in Makkah.


In fact there are more stories concerning the forgiveness of Prophet Muhammad S.A.W, but I think it should be more than enough for just sharing these two stories as references to our daily lives. If we are encountering the equal scenes like what Prophet had encountered, would we really act like what he did? Do we simply forgive people who make us bleeding? If not till make us bleed, just put it as we have only been poked. Will we forget what he or she has done, or we payback the poke he or she did to us?


One should ask himself or herself, “how forgiving am I? Have I forgiven someone lately?”


Forget and forgive the wrongs people have done to us,

But remember the wrongs we did to them.

Forget and forgive the rights we did to people,

But remember the rights they have done to us.


Still hard to forgive and forget?


Sempena bulan yang lebih mulia ini,bermaaf-maafan sesama manusia adalah yang terbaik selain memohon dariNya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, September 19, 2009

aku rindu zaman raya aku kecik2 dulu


Ok, lupakan pasal injury. Skarang ni gua nak kongsi satu citer kat korang semua pasal kisah raya gua time kecik (zaman 90 an dulu) dgn kisah raya adik gua time dia kecik (skarang).

PILIHAN


Kalo dulu time gua kecik, gua slalu beraya kat kampung. 2 malam before raya gua and family dah ada kat kampung dah. Time tu arwah tok wan and tok sebelah abah gua pun ada lagi, so kena buat pilihan la nak balik rumah mana dulu sbb polisi mak abah gua, kena balik kampung dua-dua belah, tak bule ade gilir2,kalo tak, tak yah balik raya langsung. Lagipun kampung dalam 1 negeri je, so takde la jauh sgt.


Raya zaman adik gua lak, slalunya akan raya kat rumah dulu,then after solat aidilfitri baru brtolak balik kampung. Tok wan and tok sebelah abah lak dah takde,so dah takde pilihan lagi. Tapi kalo abah gua cuti keje 1ari before raya, maksudnya malam raya tu dah ade kat kampung la, then bule la join pakcik2 buat bakar sate@ayam time malam raya tu.


MALAM TERAKHIR BERBUKA PUASA


Haa kalo time gua kecik dulu, malam last berbuka ni slalunye gua akan dok depan tv dulu instead of dok depan makanan berbuka (malam-malam berbuka yg lain pun sama je rasanya). Sebabnya, gua nak tengok citer katun kegemaran gua dulu before berbuka. Pastu mula la kena marah dengan tokwan gua, sebab melambat2kan berbuka.



Haa citer ni la gua suka tengok kecik2 dulu.


Time adik gua lak, gua dah tak tengok dah citer2 katun ni (dah besar la katakan). So adik gua plak yang menggantikan tempat gua depan tv. Dia pun ada citer katun kegemaran dia jugak. Tapi dah lain la dengan gua punyer citer, animasi dia lagi mantap le. Yang paling lainnya, tokwan gua dah tak marah lagi kat adik gua cm gua kena marah dulu tu. Maybe sebab tokwan gua dah tak larat lagi nak ulang buat benda yang sama kot. Gua pun naik dengki la, pastu gua la yg jadi tukang pemarahnye bila adik gua melambat2kan berbuka (nah amik kau alasan yg sama aku kasi, padahal jeles sebab adik tak kena marah).



Ni citer katun favourite adik gua. 3D gitu.


MALAM RAYA


Selalunye time malam raya masa gua kecik dulu memang meriah super la. Dengan meriam besi (tak main ahh buluh je), thunder clap (mercun rocket), spinning spark (mercun gasing), mercun bola, mercun ketupat, mercun guruih (mercun mancis) and Pergh macam2 lagi lah. Time tu supplier dia pakcik gua la. 1 bonet keta tu dia ade. Semua gua dah try main dah except for meriam besi. Abah gua tak kasi main, bahaya sgt katanya. Pastu kan, siap ade lawan antara rumah lagi, cucu2 jiran depan rumah tokwan gua lawan dgn cucu2 tokwan gua. Time tu gua la kepalanye sbb gua cucu sulung.heheh.


Zaman millennium ni plak, dah tak main mercun dah. Sebabnye, supplier dah takde. Pakcik gua dah retire sbb dia dah kawin, segan dengan bini la kot (hehe sorry uncle Din). Gua pun dah tak main dah mercun2 ni, tak matang la kalo main lagi. Haha. Adik-adik lak diorg main bunga api je. Paling up pun main mercun papan, alaa yg mercun cina tu, tu pun main bakar satu2 je. tapi tak tau la tahun ni cmne, mana tau kot2 pakcik gua mula active balik ke.hehe


KESIMPULAN


Kesimpulannya, ciri-ciri sambut malam raya berubah mngikut teknologi. Hahaha nak ade kesimpulan plak, cehh. Sebenarnya takde la ubah sgt pun. Sama je,cuma gua je yg berubah. Yela gua kan dah besar, mane bule jadi kecik2 lagi. Kena la jadi matang kan. Sekarang dah bukan zaman gua lagi dah, skrang turn zaman adik-adik gua plak. Tapi betul la, bila zaman semakin maju, gaya sambutan time malam raya pun lain la jugak sikit2.


*family gua on their way to balik kampung. Kalo la ada pintu suka hati doraemon tu, dah lama gua guna mintak terus masuk dlm keta mak gua skrang ni.*

pilih yg mana, kawan?

nak sangat main futsal. dah tau diri tu injured nak main jugak lagi.kan dah bertambah2 injured. yes,pdn muka tak dpt nak beraya cm org yg normal.

kata orang kecik yg berbaju hitam. puff. dia hilang. keluar plak orang kecik yg berbaju putih.

takpe, ade hikmah semuanya tu. mane tau kot2 kau dpt duit raya lebih ke from member2 or pak2 turki or arab sbb kesian tgk kau yg berstatus disabled skrg ni (ni andaian masyi,kalo dpt lebih btul2 bagus jugak). tak pun mana tau kot2 lps kau injured ni terus arsene wenger amik kau jadi player arsenal ke sbb trlalu hebat, injured pun still nak main lagi.

tu kata orang kecik yg berbaju putih tu. puff. tiba-tiba dia pun hilang jugak. puff. orang kecik berbaju hitam pula muncul semula.

haha, lps ni takde siapa la yg nak pedulikan kau lagi. orang kurang upaya tak akan ada siapa yg nak kawan wehh. tgk la, kawan2 kau tak ajak pun kau pegi berbuka dengan diorg. diorg semua dah lupakan kau la tu! haha.



puff. orang kecik berbaju hitam tu melesapkan diri sekali lagi. puff. muncul pula orang kecik berbaju putih, skali lagi.

kawan2 kau tak ajak kau sebab diorg taknak kaco kau.kau kan tgh sakit. diorg tau kau ni jenis yg tak penah nak tolak ajakkan org,sbb tu diorg tak ajak, demi kebaikan kau jugak. diorg nak kau rehat. see, betapa caring nya kawan2 kau kat kau, tau.

puff. orang berbaju putih pun hilang, lagi skali.

"ali, bangun wehh. sahur. esok dah raya."


Thursday, September 17, 2009

kata-kata pujangga. chewahh hehe

aku hidup di dunia ini adalah untuk mngejar akhiratku.

aku percaya untuk capai kebahagiaan akhiratku aku mesti capai dahulu kebahagiaan duniaku.

kebahagiaan duniaku adalah datang dari agama dan keluargaku’.

maka itulah yang akan aku capai di dunia ini.


kata-kata ini akan aku semat dalam hati. =)


tapi kenapa aku highlight kan word keluarga tu?


Sebabnya keluarga tu bagi aku bukan saja terdiri dari family aku, tapi juga termasuk rakan-rakan yang ku kenali.

Sunday, September 13, 2009

kembali

aku baru je dapat tahu berita kematian ayah rakanku sebentar tadi. inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un. semoga roh ayahnya ditempatkan dikalangan golongan yang beriman kpdNya.


tiba-tiba hati aku rasa sebak, mengenangkan orang2 yang kukenali telah pergi,pergi yang tentunya tidak akan kembali ke dunia yg fana dan sementara ini lagi.


Sudahpun termaktub dalam Al-Qur’an yang menegaskan bahawa seluruh manusia, bahkan seluruh makhluk hidup, akan mengalami kematian. Tidak seorang pun yang akan hidup kekal di dunia ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud,


“Semua yang ada di muka bumi ini akan fana.” (Ar-Rahman: 36)


“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mengalami kematian.”(Ali ‘Imran: 185)


“Sesungguhnya engkau (wahai Rasul) akan mati. Dan sesungguhnya mereka pun akan mati.” (Az-Zumar: 30)


“Dan kami tidak menjadikan orang-orang yang sebelum kamu itu hidup kekal. Apakah jika kamu mati mereka itu hidup kekal?” (Al-Anbiya’: 34)


Terdetik hati kecilku akan saat tibanya kematian. Bagaimana keadaan aku ketika malaikat izrail datang ingin mencabut nyawaku nanti? Apakah waktu itu aku sudah bersedia (amalan) untuk berpisah roh dan jasad? Adakah sudah cukup ibadahku untuk aku membawanya bertemu dengan Allah nanti? Paling penting, adakah manusia sudahpun redha kepadaku disaat ajal memanggilku nanti?


Aku akui, kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Aku tidak tahu sama ada manusia perlu takut akan mati ataupun tidak, tapi bagiku, aku betul2 takut kerana aku tahu amalanku, ibadahku, pahalaku masih belum cukup untuk berhadapan dengan Allah dihari perhitungan kelak.


Ya Allah, matikanlah aku dengan keadaan yang diredhai.


Aku perlu lebih tingkatkan ibadahku supaya aku bersedia apabila hari ajalku datang nanti.


Ali Imran : 53,

“ Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah).


Friday, September 11, 2009

sakit

kenapa aku diberi ‘kesakitan’ ini? Mungkin kerana aku dapat mengharunginya. Tak kan Dia memberi ‘kesakitan’ ini kepada hambaNya jika tidak kerana Dia tahu dan yakin akan ketabahan hamba yang dipilihNya ini mengharungi ‘sakit’ itu.


Aku perlu mencari segera bagaimana cara aku untuk menghadapi ‘kesakitan’ ini, kerana sekarang, aku ternyata amat lemah untuk mengharunginya. Kadang-kadang aku pernah juga terfikir mengapa ‘kesakitan’ yang diuji kepada aku ini terlalu berat bagiku sehingga aku merasakan bahawa aku tidak disayangiNya.


Namun Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia memberikan kenikmatan kepada sesiapa juga yang dikehendakiNya, mahupun orang kafir,kerana Dia maha pengasih. Dan Dia hanya memberikan nikmat akhirat (yakni nikmat syurga dan pahala) hanya kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, kerana itulah Dia juga adalah maha penyayang.


Walaupun aku diberi ‘kesakitan’ ini di dunia, itu tidak bermaksud aku tidak dikasihiNya. Aku diberikan ‘kesakitan’ kerana Dia ingin menguji aku, supaya aku lebih bertaqwa dan lebih rajin meminta pertolongan dariNya, dan menjadikanNya sebagai yang utama untuk aku mencari penawar ‘kesakitan’ku ini. Jika aku bertaqwa, bermakna aku adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman kepadaNya, inshaAllah. Seperti yang aku katakan tadi, golongan beriman akan mendapat kasih saying dariNya, kerana maha penyayangNya hanya untuk mereka (golongan beriman).


Alhamduilllah, aku bersyukur kerana diberikan ‘kesakitan’ itu. Itu bermakna aku dipilihNya supaya menjadi orang yang beriman, cuma sekarang ia hanya terletak kepada diriku sendiri, sama ada mahu untuk tergolong dalam golongan ini atau pun tidak. Jika aku mahu, aku perlu sentiasa bersedia dan tabah untuk menghadapi ‘kesakitan’ itu. Oleh itu, aku tidak perlu menjadi lemah seperti sekarang. Aku perlu lebih TABAH dan lebih KUAT BERIBADAH (bertaqwa) kepadaNya.


Kepada rakan-rakanku, jika kalian sedang diuji olehNya, ketahuilah bahawa kalian adalah orang yang terpilih dari kalangan yang mampu menghadapi ujianNya. Dan ketahuilah, Dia adalah maha pengasih dan maha penyayang.


Oleh itu, bersabar dan sentiasa meletakkanNya sebagai yang tertinggi untuk meminta sebarang pertolongan (doa) adalah penawar yang terbaik untuk ‘kesakitan’ yang diuji,dan sentiasalah berdoa supaya ‘sakit’ itu juga menjadi ‘penawar’ bagi segala dosa kita yang terdahulu.


Setiap yang terjadi punyai hikmahnya.


Waallahu’alam.

Thursday, September 10, 2009

aku nak berbuka dengan ketupat

Kejap je, dah nak masuk 10 hari terakhir aku berpuasa di perantauan (tak ponteng lagi nihh). Bermacam-macam cara berbuka aku dah try. Berbuka dengan epal dalam tram, dengan crispy kreme tepi kedai sportgirl, berbuka sambil berjalan dengan ricecracker pun sudah.hehe. Semua tu kat Malaysia aku blum pernah try lagi, sebab kat Malaysia aku jarang keluar rumah time maghrib, so takde la nak berbuka kat memane if tersangkut kat traffic.


Bila sebut pasal cara berbuka puasa ni, aku teringat dulu2 time berpuasa sewaktu aku bersekolah rendah. Rasanya time tu aku darjah 6 kot. Time tu Aiman adik aku umur 2 tahun. Asma and Hanif lak masing2 darjah 4 and 1. Masa tu ade la satu hari puasa tu, aku dah tak ingat hari berpuasa yg keberapa. Waktu tu jam dah pkul 7 lebih dah, lagi 10 minit je lagi nak berbuka.


Time waktu nak berbuka tu aku still tidur lagi, aku tidur sebelah Aiman. Mulanya aku nak tidurkan Aiman je tapi last2 dengan aku skali tidur. Biasalah, time puasa mmg sedap kalau tidur. Time tu lak Aiman tidur berbaju je, berseluar tidak. Satu perkara biasa la kalau budak2 kecik tidur tak pakai baju ke seluar ke, Malaysia kan panas. TAPI AKU BERPAKAIAN LENGKAP. Diulang, AKU BERPAKAIAN LENGKAP MENUTUP AURAT.


Berbalik kepada time 10 minit nak berbuka tu. Tinggal lagi 10 minit nak berbuka tu, mak aku mula la bising suh siap sedia, dia pun suruh la Asma kejutkan aku sebab waktu berbuka dah dekat. Mak cakap, “kak, pi gerak abang hang bangun nuh! Dah nak masuk magrib dah nii. Haihh orang suh dodoi adik dgn dia2 skali hanguih (maksudnye tertidur skali la tu)”. Kalau ikut kebiasaannye panjang lagi mak aku mengomel, tapi disebabkan aku tidur so aku tak tau la dia mengomel ape lgi. Yang aku tulis tu benda wajib yg dia akan mengomel kalau aku tidur skali bila disuruh dodoikan adik.


Then adik aku ni (Asma) pun masuk la bilik nak kejutkan aku berbuka. Bila dah kejutkan aku, dia tgk pula kat Aiman yg sedang nyenyak tidur tu. Aku tak tau la ape la yg dia dengki sgt kat budak kecik tu tapi apa yg aku nmpak time tu, wajah Asma penuh diselubungi kejahatan yg melampau (pergh lebih2 lak aku) dan mula mendekatkan dirinya kat Aiman. Lepas tu, dia mula la mengusik-usik(kaco) Aiman yg tgh khusyuk lena separa bogel itu. Sedang asyik Asma kaco tu, tiba2, “sshhh!!”


Haa tu la, betul la cakap org tua-tua, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas pun jahat le jgk. Aiman yg sedang tidur lena separa bogel dan separa sedar tu tiba2 memacu ‘pistolnya’ lalu menembak keluar sejenis cecair yg dikenali sebagai ‘peluru maut’ tepat masuk ke dalam mulut Asma (yeahh jackpot disitu). Kalau anda nak tau cmne rasanya air kencing budak kecik berumur 2 tahun, anda tanya la Asma, dia dah pun merasanya.hehehehe. (Aiman bukan sengaja ‘tertembak’ tauu, ini kes yg TIDAK SENGAJA PUNYA).


Yang bestnye lagi, time cecair kekuningan tu masuk je mulut Asma, time tu la aku terdengar azan kat tv.


Pergh, cara berbuka puasa yang begitu unik sekali. Harap2 aku takde la merasa berbuka puasa cmtu diperantauan ini (mmg tak nak pun).

Monday, September 7, 2009

getaran jiwa melanda hatiku

Abu is of the guys you'd love to hate. He is always in a good mood and always has something positive to say. When someone would ask him how he was doing, he would reply, "If I were any better, I would be twins!"



He was a natural motivator. If someone was having a bad day, Abu was there telling him or her how to look on the positive side of the situation.


Seeing this style really made me curious, so one day I went up to Abu and asked him, "I don't get it! You can't be a positive person of all the time. How do you do it? Don’t you have any feeling to be angry on bad saying about you?"


He replied, “Each morning I wake up and say to myself, 'Abu, you have two choices today. You can choose to be in a good mood or you can choose to be in a bad mood.' I choose to
be in a good mood.”


“Each time something bad happens, I can choose to be a victim or I can choose to learn from it. I choose to learn from it.”


“Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of life. I choose the positive side of life.”


“Yeah, right, but it isn't that easy”, I protested.


“Yes, it is.” Abu said. Life is all about choices. When you cut away all the junk, every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people will affect your mood. You choose to be in a good mood or bad mood. “The bottom line is: ‘It is your choice how you live life.’”


I reflected on what Abu said. Soon thereafter, I left Malaysia to further my study in overseas. We lost touch, but I often thought about him when I made a choice about life instead of reacting to it.


Six months later, I heard that Abu was involved in a serious accident, falling from his apartment of 4 storeys. After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Abu was released from the hospital with rods placed in his back.


I called Abu about a month after the accident, after got his phone number from a friend. When I asked him how he was, he replied, “If I were any better, I'd be twins. Wanna see my scars? I can send you the photo of my back.”


I declined, but did ask him what had gone through his mind as the accident took place. “The first thing that went through my mind was my soon-to-be wife.” Abu replied. "Then, as I lay on the ground, I remembered that I had two choices: I could choose to live or I could choose to die. I chose to live for the sake of God.”


“Weren't you scared? Did you lose consciousness?” I asked.


Abu continued, "The paramedics were great. They kept telling me I was going to be fine. But when they wheeled me into the emergency room and I saw the expressions on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. In their eyes, I read ‘He is a dead man.’ I knew I needed to take action.”


“What did you do?” I asked. “Well, there was a big burly nurse shouting questions at me.” said Abu. “She asked if I was allergic to anything. ‘Yes,’ I replied. The doctors and nurses stopped working as they waited for my answer. I took a deep breath and yelled, ‘Gravity.’ Over their laughter, I told them, ‘I am choosing to live. Operate on me as if I am alive, not dead’.”


Abu lived, thanks to God for giving the skill to his doctors, and also because of his amazing attitude. I learned from him that every day we have the choice to live fully. Attitude, after all, is everything.


*p/s: this story does not relate to anyone, neither dead nor still alive.

aku pilih untuk menang, sebab tu aku buat 'batu'. hehehehe

Sunday, September 6, 2009

perubahan.

he is changing. from good to be better.


he has his aim, being a better person than anyone in a good community, I know.
I 'see' it from deep inside his heart.

he posted useful info in his blog and will keep posting it, I believe in him.

he tried to persuade people in his surrounding to learn more,
to dig deeply the erudition of the only true realigion in this world that worship Allah (Islam).

I hope he will maintain his manner now and keep posting a good ones, my BROTHER.

now I have to say that I had already lost to you, but I will not losing it twice. I hope you also feels the same, never lose to someone like me. now I like you more than before=)

Saturday, September 5, 2009

realising not?

Boy: I need someone to talk to.
Girl: I'm always here for you.
Boy: I know.
Girl: What's wrong?
Boy: I like her so much.
Girl: Talk to her.
Boy: I don't know. She won't ever like me.
Girl: Don't say that...you're amazing.
Boy: I just want her to know how I feel.
Girl: Then tell her.
Boy: She won't like me.
Girl: How do you know that?
Boy: I can just tell her...
Girl: Well just tell her.
Boy: What should I say?
Girl: Tell her how much you like her.
Boy: I tell her daily.
Girl: What do you mean?
Boy: I'm always with her...I love her.
Girl: I know how you feel. I have the same problem...but he'll never like me.
Boy: Wait. Who do you like?
Girl: Oh, some boy.
Boy: Oh, she won't like me either.
Girl: She does.
Boy: How do you know?
Girl: Because who wouldn't like you?
Boy: You.
Girl: You're wrong. I love you.
Boy: I love you too.
Girl: So are you going to talk to her?
Boy: I just did.


*Apa yg aku tulis nih?

Thursday, September 3, 2009

kek batik azam yang sedap, TERIMA KASIH =)

salam


Do we ever know that when our first prophet Adam a.s. had been sent out from Jannah tricked by syaitan laknatullah, he (Adam) cried for nearly 300 years. He never raised his head to the sky since then for that he felt so embarrassed to Allah with sin he committed. He kneeled, prostrating to his god in 100 years time at mountain, craving for Allah’s forgiveness until came two birds, drank his tears and said, “This water tasted so sweet.” Heard to those bird’s conversation, he felt like been mocked by the two as he disobeyed the regulation said by Allah for ate a khuldi, forbidden fruit in His Heaven. The feel of being ridiculed made him cried harder, until god sent down a wahyu said, “o Adam, God has not create any sweetest water before this that sweeter than your tears of repentance.”


That was the true sincerity depicted by Adam a.s. As he did only single mistake by acted upon the syaitan’s say, he really expressed his regret by cried for 300 years and also mourned thus kneeled down at mountain for an additional 100 years time. Just for a mistake he did. So what about us? How many mistakes or sins we’ve done?


Cuba kita fikirkan dan hitung kembali berapa banyak dosa yang telah kita lakukan sehingga hari ini.


If not till today, just calculate the sins we’ve made for this day only, from the time we woke up till now, before we sleep back to face the other day. How many had we committed compare to the mistake done by Adam a.s? Are they more than 10 times? Or maybe 1000 times? Traducing, talking nonsense, uncovering our aurat, staring at others’ aurat, etc. Those were example of sins we did with or without our awareness during daily lives. So, are we suppose to feel shame towards Him due to sort of sins we did? Adam had express his full of disappointment for what he did, how about us? If we compared to Adam, does it means that we have to cry and kneeled down to Allah yearning for His mercy in 10 or 1000 times longer just to cover up sins over one day we live? Are we affording to do it, aren’t we?


Mampukah kita?


As He never forget to give us nikmat, ease life, blessings at each milliseconds but we, easily forget to thank Him for the nikmat He supplied to us. We still have money today, affording to buy food for breakfast, lunch, and dinner. We still manage to walk, talking, smiling, and making jokes with friends. Alhamdulillah, these are all kind of nikmat He gives to us in this world. Thus, do thank Him always by praise Him, obey his rules and forbid the wrong He stated. InshaAllah, we will be given nikmat in akhirat too.


Surah at-Taubah, verse 111-112,

Allah hath(has) bought from the believers their lives and their wealth because the Garden(heaven) will be theirs: they shall fight in the way of Allah and shall slay and be slain. It is a promise which is binding on Him in the Torah(taurat) and the Gospel (injil) and the Quran... Triumphant are those who turn repentant to Allah, those who serve Him, those who praise Him, those who fast, these who bow down, those who fall prostrate in worship, those who enjoin the right and who forbid the wrong and those who keep the limits ordained of Allah And give glad tidings to believers! It is not for the Prophet, and those who believe, to pray for the forgiveness of idolaters even though they may be near of kin to them after it hath(has) become clear that they are people of hell fire.


May Allah reward(s) you for the good.

Tuesday, September 1, 2009

story time: part 4

“ayah, marilah makan bersama saya.”, ujar Abdul mengajak Haji Mad menjamah makanan yang dihidang oleh nek Jah bersama-sama.


“kau makanlah dulu,ayah kenyang. Tadi baru saja makan di masjid, ada orang buat jamuan moreh sedikit.” Balas Haji Mad tanpa memandang Abdul. Dia hanya leka melihat kaca televisyen, seolah-olah dengan televisyen pula dicakapnya.


“baiklah, kalau begitu saya makan dulu ye ayah. Mak dah siap hidang.”, kata Abdul dengan lemah lembut tanda membalas kata ayah mentuanya itu.


“Abdul, ayah dan mak kau sudah tahu ke belum yang mereka tu sudah timang cucu?”, tanya Haji Mad dengan nada biasa tetapi maksud yang agak kasar kepada Abdul yang baru sahaja selesai menjamah makanan.


“saya sudah memberitahu kepada Ali. Saya terempak dengan dia semasa membeli ikan yang dikirim mak di pasar tadi. Saya bercadang hendak menelefon ke rumah mak tadi melalui telefon awam, tapi sudah alang-alang terserempak dengan Ali, saya pesan kepadanya supaya memberitahu ayah Wan dan mak mengenai Rokiah dah bersalin. Harap-harap dia masih ingat akan pesan saya itu, ayah.” Jawab Abdul tersenyum. Pada masa itu, kebanyakan rumah-rumah di kawasan Felda Mentakap dan kampung Bujang masih lagi belum mempunyai kemudahan telefon. Walaupun sudah mempunyai tiang-tiang elektrik yang dapat menyambung wayar telefon ke rumah, kebanyakan penduduk masih lagi belum mampu untuk membeli telefon rumah. Masing-masing hanya menggunakan telefon awam jika hendak menelefon keluar, termasuklah keluarga Haji Mad. Berbeza dengan Haji Mad dan yang lain, keluarga Haji Wan sudah mempunyai telefon rumah. Haji Wan yang mempunyai beberapa hektar tanah warisan keluarganya turun-temurun adalah salah seorang daripada golongan yang berada di kawasan kampung Bujang.


“pastikan Ali ada beritahunya, jika tak diberitahu nanti dikatanya aku ini pembolot cucunya pula.”, sindir Haji Mad terhadap Haji Wan dihadapan Abdul. Walaupun kata-kata Haji Mad itu kasar, Abdul hanya tersenyum. Dia sudah lali dengan pergaduhan mereka disebabkan politik itu. Baginya, perkara itu sudah menjadi rutin mereka seharian. Apabila Abdul bersama Haji Wan, dia juga sudah acapkali mendengar sindiran terhadap Haji Mad dari ayahnya.


“bila kau hendak ke rumah ayah kau pula? Bawa la Rokiah dan anak kau tu ke sana. Mereka juga datuk dan nenek kepada budak tu. Kalau nak tunggu mereka datang ke sini, kucing dan bertanduk dua pun belum tentu mereka datang. Tapi seeloknya tunggu la anak kau tu ‘keras’ dulu”, kata Haji Mad kepada Abdul dengan nada yang mengarah. Abdul tersenyum lebar tanda gembira akan kata-kata Haji Mad itu. Dari kata-kata Haji Mad, Abdul dapat merasakan walaupun dia tidak suka akan Haji Wan, Haji Mad tetap mengakui Haji Wan sebagai besannya.


“insya-Allah, saya bercadang hendak membawa mereka ke rumah ayah Wan pada minggu hadapan. Saya sudah memberitahu kepada pakcik Borhan supaya datang mengambil kami di rumah pada pukul 8 pagi tujuh haribulan nanti. Sebelm ke rumah ayah Wan, saya ingn bawa Rokiah dan bayi ke pejabat pendaftaran dulu untuk mendapatkan surat beranak Amin.”, balas Abdul merujuk kepada pemandu teksi bernama Borhan yang dikenalinya menerusi Haji Mad.