“ayah, marilah makan bersama saya.”, ujar Abdul mengajak Haji Mad menjamah makanan yang dihidang oleh nek Jah bersama-sama.
“kau makanlah dulu,ayah kenyang. Tadi baru saja makan di masjid, ada orang buat jamuan moreh sedikit.” Balas Haji Mad tanpa memandang Abdul. Dia hanya leka melihat kaca televisyen, seolah-olah dengan televisyen pula dicakapnya.
“baiklah, kalau begitu saya makan dulu ye ayah. Mak dah siap hidang.”, kata Abdul dengan lemah lembut tanda membalas kata ayah mentuanya itu.
“Abdul, ayah dan mak kau sudah tahu ke belum yang mereka tu sudah timang cucu?”, tanya Haji Mad dengan nada biasa tetapi maksud yang agak kasar kepada Abdul yang baru sahaja selesai menjamah makanan.
“saya sudah memberitahu kepada Ali. Saya terempak dengan dia semasa membeli ikan yang dikirim mak di pasar tadi. Saya bercadang hendak menelefon ke rumah mak tadi melalui telefon awam, tapi sudah alang-alang terserempak dengan Ali, saya pesan kepadanya supaya memberitahu ayah Wan dan mak mengenai Rokiah dah bersalin. Harap-harap dia masih ingat akan pesan saya itu, ayah.” Jawab Abdul tersenyum. Pada masa itu, kebanyakan rumah-rumah di kawasan Felda Mentakap dan kampung Bujang masih lagi belum mempunyai kemudahan telefon. Walaupun sudah mempunyai tiang-tiang elektrik yang dapat menyambung wayar telefon ke rumah, kebanyakan penduduk masih lagi belum mampu untuk membeli telefon rumah. Masing-masing hanya menggunakan telefon awam jika hendak menelefon keluar, termasuklah keluarga Haji Mad. Berbeza dengan Haji Mad dan yang lain, keluarga Haji Wan sudah mempunyai telefon rumah. Haji Wan yang mempunyai beberapa hektar tanah warisan keluarganya turun-temurun adalah salah seorang daripada golongan yang berada di kawasan kampung Bujang.
“pastikan Ali ada beritahunya, jika tak diberitahu nanti dikatanya aku ini pembolot cucunya pula.”, sindir Haji Mad terhadap Haji Wan dihadapan Abdul. Walaupun kata-kata Haji Mad itu kasar, Abdul hanya tersenyum. Dia sudah lali dengan pergaduhan mereka disebabkan politik itu. Baginya, perkara itu sudah menjadi rutin mereka seharian. Apabila Abdul bersama Haji Wan, dia juga sudah acapkali mendengar sindiran terhadap Haji Mad dari ayahnya.
“bila kau hendak ke rumah ayah kau pula? Bawa la Rokiah dan anak kau tu ke sana. Mereka juga datuk dan nenek kepada budak tu. Kalau nak tunggu mereka datang ke sini, kucing dan bertanduk dua pun belum tentu mereka datang. Tapi seeloknya tunggu la anak kau tu ‘keras’ dulu”, kata Haji Mad kepada Abdul dengan nada yang mengarah. Abdul tersenyum lebar tanda gembira akan kata-kata Haji Mad itu. Dari kata-kata Haji Mad, Abdul dapat merasakan walaupun dia tidak suka akan Haji Wan, Haji Mad tetap mengakui Haji Wan sebagai besannya.
“insya-Allah, saya bercadang hendak membawa mereka ke rumah ayah Wan pada minggu hadapan. Saya sudah memberitahu kepada pakcik Borhan supaya datang mengambil kami di rumah pada pukul 8 pagi tujuh haribulan nanti. Sebelm ke rumah ayah Wan, saya ingn bawa Rokiah dan bayi ke pejabat pendaftaran dulu untuk mendapatkan surat beranak Amin.”, balas Abdul merujuk kepada pemandu teksi bernama Borhan yang dikenalinya menerusi Haji Mad.
2 comments:
ala part ni dh bc la dlu awk send ikut ym..btw,well done.x sangka awk pndai gk part sastera ni.ptt la dlu student kesayangan cikgu norlia..=)
owhh kalo nak tggu part seterusnye kne tggu nex week la plak kot.hehehe. eh mane ade student kesygan laa.;-)
Post a Comment