kenapa aku diberi ‘kesakitan’ ini? Mungkin kerana aku dapat mengharunginya. Tak kan Dia memberi ‘kesakitan’ ini kepada hambaNya jika tidak kerana Dia tahu dan yakin akan ketabahan hamba yang dipilihNya ini mengharungi ‘sakit’ itu.
Aku perlu mencari segera bagaimana cara aku untuk menghadapi ‘kesakitan’ ini, kerana sekarang, aku ternyata amat lemah untuk mengharunginya. Kadang-kadang aku pernah juga terfikir mengapa ‘kesakitan’ yang diuji kepada aku ini terlalu berat bagiku sehingga aku merasakan bahawa aku tidak disayangiNya.
Namun Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia memberikan kenikmatan kepada sesiapa juga yang dikehendakiNya, mahupun orang kafir,kerana Dia maha pengasih. Dan Dia hanya memberikan nikmat akhirat (yakni nikmat syurga dan pahala) hanya kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, kerana itulah Dia juga adalah maha penyayang.
Walaupun aku diberi ‘kesakitan’ ini di dunia, itu tidak bermaksud aku tidak dikasihiNya. Aku diberikan ‘kesakitan’ kerana Dia ingin menguji aku, supaya aku lebih bertaqwa dan lebih rajin meminta pertolongan dariNya, dan menjadikanNya sebagai yang utama untuk aku mencari penawar ‘kesakitan’ku ini. Jika aku bertaqwa, bermakna aku adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman kepadaNya, inshaAllah. Seperti yang aku katakan tadi, golongan beriman akan mendapat kasih saying dariNya, kerana maha penyayangNya hanya untuk mereka (golongan beriman).
Alhamduilllah, aku bersyukur kerana diberikan ‘kesakitan’ itu. Itu bermakna aku dipilihNya supaya menjadi orang yang beriman, cuma sekarang ia hanya terletak kepada diriku sendiri, sama ada mahu untuk tergolong dalam golongan ini atau pun tidak. Jika aku mahu, aku perlu sentiasa bersedia dan tabah untuk menghadapi ‘kesakitan’ itu. Oleh itu, aku tidak perlu menjadi lemah seperti sekarang. Aku perlu lebih TABAH dan lebih KUAT BERIBADAH (bertaqwa) kepadaNya.
Kepada rakan-rakanku, jika kalian sedang diuji olehNya, ketahuilah bahawa kalian adalah orang yang terpilih dari kalangan yang mampu menghadapi ujianNya. Dan ketahuilah, Dia adalah maha pengasih dan maha penyayang.
Oleh itu, bersabar dan sentiasa meletakkanNya sebagai yang tertinggi untuk meminta sebarang pertolongan (doa) adalah penawar yang terbaik untuk ‘kesakitan’ yang diuji,dan sentiasalah berdoa supaya ‘sakit’ itu juga menjadi ‘penawar’ bagi segala dosa kita yang terdahulu.
Setiap yang terjadi punyai hikmahnya.
Waallahu’alam.
1 comments:
next time untuk menjaga agar kebarangkalian untuk sakit rendah, maka perlulah kita bersukan. jom bola petang ini di Princess Park 430pm
Post a Comment